Jumaat, 28 Mac 2008

Sejarah Sekolah


SK Kuala Triang dibuka pada 23 Januari 1940. Asalanya sekolah ini terletak di seberang Sungai Pahang yang dikenali dengan nama Sekolah Umum Tanjung Pamun. Guru besar yang pertama ialah En.Idris bin Mohd Yusof dibantu dua orang guru pelatih. Jumlah murid pada ketika itu seramai 72 orang.


Semasa penaklukan Jepun, sekolah ini ditutup dan dibuka semula pada 30 Disember 1945. Pada tahun 1948, sekolah ini terpaksa ditutup sekali lagi kerana ancaman komunis. Sekolah ini telah dipindah ke tapak sekarang dan beroperasi pada 28 April 1951.


Pada tahun 1956, Almahrum Sultan Ibarhim, Sultan Pahang ketika itu telah merasmikan bangunan baru ini (batu). Dalam tahun 1980, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Triang, kerana ia terletak di Kampung Kuala Triang. Pada tahun 2003, sekolah ini telah mendapat bangunan baru, seperti yang terdapat pada hari ini.

2 Ulasan:

Di 3 Julai 2020 pada 9:48 PG, Blogger Dzafran berkata...

Salam tn.ad gambar guru besar yg pertama en idris ni tak?

 
Di 3 Julai 2020 pada 9:48 PG, Blogger Dzafran berkata...

Salam tn.ad gambar guru besar yg pertama en idris ni tak?

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama