Rabu, 30 April 2008

Pertandingan Koir Peringkat Daerah Bera

(Selasa) 29 April - Pertandingan koir sekolah-sekolah rendah daerah Bera telah diadakan di Dewan SMK Bandar Kerayong. Sebanyak 7 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah mengambil bahagian. SK Kuala Triang menghantar pasukan koirnya yang terdiri daripada 30 orang ahli, dibawah pimpinan En.Salim Abd Latif. Pasukan koir ini mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan.

Ahad, 13 April 2008

Mesyuarat Agung PIBG Ke 22

Sabtu 12hab April - Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke 22 telah diadakan di dewan sekolah. Kehadiran ibu bapa tidaklah begitu memberangsangkan. Jumlah kehadiran seramai 70 orang. Mesyuarat kali ini dirasmikan En.Sabri bin Mat Yasin, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bera. Perlantikan AJK telah diadakan. Pada kali ini, En.Abd Majid bin Kasim telah dilantik sebagai YDP yang baru menggantikan En.Jamlus bin Ahmad. Mesyuarat dijalankan dalam suasana yang harmoni dan ceria. Mesyuarat berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Pemantauan Bersilang

Pada8hb April yang lalu, sekolah telah didatangi seramai 6 orang guru-guru dari Zon Mengkarak dan PPD Bera untuk melakukan pemantuan, khusus terhadap proses p&p di bilik darjah. Mereka terdiri dari En.Husaini (PPD Bera), En.Yusof Ghani (GB SKDT), En.Zaid Ali (GPK1 SKKB), En.Jogan (GPK1 SKBG), Pn.Ainon Ibrahim (GPK 2 SKBB) dan Pn.Fairuz (SKBR). Beberapa orang guru telah dilihat cara mereka mengajar di dalam kelas. Pemantaun bermula dari jam 8 pagi dan berakhir kira-kira pukul 2.00 petang. Tujuan program ini ialah untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan persediaaan guru ketika melaksanakan p&p di bilik darjah. Hasil dari pemantauan tersebut mendapati, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Rabu, 2 April 2008

Majlis Tadarus Al-Quran

Pada hari ini, SK Kuala Triang telah menjadi tuan rumah, Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) bagi peringkat Zon Mengkarak. Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian. Acara-acara yang dipertandingkan ialah seperti nasyid, tilawah, hafazan dan bercerita. Tahniah kepada adik Siti Bazilah bt Othman, kerana ditabalkan sebagai johan tilawah kategori perempuan dan adik Mohd Idaham bin Al-Imran tempat ketiga kategori lelaki. Tuan pegawai pelajaran daerah, En.Aznan @ Baba, telah hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan merasmikan penutupan MTQ pada tahun ini.

Isnin, 31 Mac 2008

Sambutan Maulidulrasul


Sambutan dan perarakan sempena Maulidulrasul telah diadakan pada 28 Mac 2008. Semua murid dan kakitangan sekolah terlibat. Perarakan sejauh 3 km. Program hari itu juga diisi dengan ceramah maulidulrasul oleh Ustaz Mohd Erham.

Sabtu, 29 Mac 2008

Tahniah!!!...ke 32 Hakiki

Tahniah diucapakan kepada Pn.Norhazliah bt Jani (GPK Hal Ehwal Murid) dan Pn.Faridah bt Daud (GPK Kurikulum) kerana telah mendapat surat lantikan ke gred 32 hakiki.

Target UPSR 2008

Peratus

Lulus

Cemerlang

GPS

Menguasai semua MP

100%

29.6

1.59

BM (Penulisan)

100%

74

1.11

BM (Pemahaman)

100%

82

1.19

Bahasa Inggeris

100%

29.6

2.04

Matematik

100%

56

1.66

Sains

100%

44

1.74

Lulus Bahasa Inggeris = Lulus Semua MP

‘A’ Bahasa Inggeris = ‘A’ Semua MP

Guru-guru dan Staf Sokongan

Tn.Hj.Ibrahim bin Mohamad

GB

DGA34

Pn.Faridah bt Daud

GPK 1

DGA32

Pn.Norhazilah bt Jani

GPK 2

DGA32

En.Azhar bin Mohamad

GPK 3

DGA41

Pn.Kodariah bt Abd Mubin

GP

DGA41

En.Chew Sun

GP

DGA32

En.Salim bin Abd Latif

GP

DGA29

Pn.Johana bt Johari

GP

DGA29

En.Wan Azizan bin jusoh

GP

DGA29

Pn.Zainora bt Mohd Ramli

GP

DGA29

Pn. Zulina bt Abdullah

GP

DGA29

Pn.Shahailawati bt Saad

GP

DGA29

Cik Siti Norbaya bt Mohd

GP

DGA29

Pn.Norhaya bt A.Sulong

GP

DGA29

En.Erham bin Ikhwam

GP

Pelatih

Cik Norlida

GP

Pelatih

Pn.Suzanawati bt Sulaiman

PT

N17

Pn.Nooreza bt Ahmad

PPM

N17

En.Norman Shah

PAR

N7

Jumaat, 28 Mac 2008

Sejarah Sekolah


SK Kuala Triang dibuka pada 23 Januari 1940. Asalanya sekolah ini terletak di seberang Sungai Pahang yang dikenali dengan nama Sekolah Umum Tanjung Pamun. Guru besar yang pertama ialah En.Idris bin Mohd Yusof dibantu dua orang guru pelatih. Jumlah murid pada ketika itu seramai 72 orang.


Semasa penaklukan Jepun, sekolah ini ditutup dan dibuka semula pada 30 Disember 1945. Pada tahun 1948, sekolah ini terpaksa ditutup sekali lagi kerana ancaman komunis. Sekolah ini telah dipindah ke tapak sekarang dan beroperasi pada 28 April 1951.


Pada tahun 1956, Almahrum Sultan Ibarhim, Sultan Pahang ketika itu telah merasmikan bangunan baru ini (batu). Dalam tahun 1980, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Triang, kerana ia terletak di Kampung Kuala Triang. Pada tahun 2003, sekolah ini telah mendapat bangunan baru, seperti yang terdapat pada hari ini.

Visi dan Misi Sekolah



SK Kuala Triang Menjadi Antara Sekolah Cemerlang Di Daerah Bera Dalam Semua Aspek Pendidikan Pada Tahun 2010.


1. Mencapai target 100% menguasi semua mata pelajaran dan 60% cemerlang bagi semua subjek dengan P&P yang berkesan dan saksama bagi semua murid.

2. Melahirkan modal insan yang berhemah tinggi, berketrampilan dengan memupuk nilai-nilai murni.

3. Meningkatan pencapaian aktiviti kokurikulum dengan program latihan berterusan dan berkesan.

4. Mewujudkan prasarana lengkap, persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif.

5. Pengurusan pentadbiran yang efisyen, berhemah, telus dan mesra.