Rabu, 2 April 2008

Majlis Tadarus Al-Quran

Pada hari ini, SK Kuala Triang telah menjadi tuan rumah, Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) bagi peringkat Zon Mengkarak. Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian. Acara-acara yang dipertandingkan ialah seperti nasyid, tilawah, hafazan dan bercerita. Tahniah kepada adik Siti Bazilah bt Othman, kerana ditabalkan sebagai johan tilawah kategori perempuan dan adik Mohd Idaham bin Al-Imran tempat ketiga kategori lelaki. Tuan pegawai pelajaran daerah, En.Aznan @ Baba, telah hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan merasmikan penutupan MTQ pada tahun ini.

1 Ulasan:

Di 6 April 2008 pada 11:19 PTG, Blogger PakMie berkata...

Assalamualaikum En.Azhar, tahniah atas keujudan blog SK Kuala Triang. saya Halmy, admin untuk bolg www.malaysiaradio.stardigital.com.my diblog tersebut kami ada menyediakan beberapa link untuk mendengar radio Malaysia secara live. Setelah saya membuat semakan, saya dapati terdapat link radio sinar fm telah dilink ke blog saudara. Kami amat alu-alukannya, tindakan saudara ini secara tidak langsung dapat mempromosikan blog www.malaysiaradio.stardigital.com.my di sini saya ingin tawarkan beberapa lagi link radio tempatan untuk diletakkan diblog saudara. link tersebut akan disertakan dengan butang yang mempamirkan stesen radio tersebut. dengan adanya link radio ini diblog saudara dengan sendirinya dapat menarik lebih ramai pengunjung keblog saudara dan dapat menaikkan ranking di dalam google. Jika saudara berminat dengan tawaran ini boleh gunakan email norhalmy@stardigital.com.my untuk menghubungi saya.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama