Rabu, 30 April 2008

Pertandingan Koir Peringkat Daerah Bera

(Selasa) 29 April - Pertandingan koir sekolah-sekolah rendah daerah Bera telah diadakan di Dewan SMK Bandar Kerayong. Sebanyak 7 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah mengambil bahagian. SK Kuala Triang menghantar pasukan koirnya yang terdiri daripada 30 orang ahli, dibawah pimpinan En.Salim Abd Latif. Pasukan koir ini mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan.

Ahad, 13 April 2008

Mesyuarat Agung PIBG Ke 22

Sabtu 12hab April - Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke 22 telah diadakan di dewan sekolah. Kehadiran ibu bapa tidaklah begitu memberangsangkan. Jumlah kehadiran seramai 70 orang. Mesyuarat kali ini dirasmikan En.Sabri bin Mat Yasin, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bera. Perlantikan AJK telah diadakan. Pada kali ini, En.Abd Majid bin Kasim telah dilantik sebagai YDP yang baru menggantikan En.Jamlus bin Ahmad. Mesyuarat dijalankan dalam suasana yang harmoni dan ceria. Mesyuarat berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Pemantauan Bersilang

Pada8hb April yang lalu, sekolah telah didatangi seramai 6 orang guru-guru dari Zon Mengkarak dan PPD Bera untuk melakukan pemantuan, khusus terhadap proses p&p di bilik darjah. Mereka terdiri dari En.Husaini (PPD Bera), En.Yusof Ghani (GB SKDT), En.Zaid Ali (GPK1 SKKB), En.Jogan (GPK1 SKBG), Pn.Ainon Ibrahim (GPK 2 SKBB) dan Pn.Fairuz (SKBR). Beberapa orang guru telah dilihat cara mereka mengajar di dalam kelas. Pemantaun bermula dari jam 8 pagi dan berakhir kira-kira pukul 2.00 petang. Tujuan program ini ialah untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan persediaaan guru ketika melaksanakan p&p di bilik darjah. Hasil dari pemantauan tersebut mendapati, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Rabu, 2 April 2008

Majlis Tadarus Al-Quran

Pada hari ini, SK Kuala Triang telah menjadi tuan rumah, Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) bagi peringkat Zon Mengkarak. Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian. Acara-acara yang dipertandingkan ialah seperti nasyid, tilawah, hafazan dan bercerita. Tahniah kepada adik Siti Bazilah bt Othman, kerana ditabalkan sebagai johan tilawah kategori perempuan dan adik Mohd Idaham bin Al-Imran tempat ketiga kategori lelaki. Tuan pegawai pelajaran daerah, En.Aznan @ Baba, telah hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan merasmikan penutupan MTQ pada tahun ini.